mesti ade yang pelik kan...nape plak aduh? sbbnye bila ana baca tulisan sahabat ana nie...rasa mcm terkena je atas batang hidung nie...dish3, bukan x pegi trus...tapi kadang2 ade jugak yang termiss, diri nie masih lemah yang masih sangat memerlukan sokongan...sama2 lah kita muhasabah ye, ana amik tulisan sahabat nie dan tujukan kepada semua pembaca blog...buang yang keruh, ambil yang jernih...
selamat mencuba...
Dalam mazhab Syafie hukum sembahyang berjemaah adalah Fardu Kifayah, wajib ke atas semua lelaki yang mampu, namun apabila ada sekumpulan yang melakukankannya, gugurlah kewajipan itu. Ini bersandarkan hadis:
Tidak ada tiga orang (lelaki) dalam sesebuah kampung atau sesebuah desa yang tidak mengerjakan sembahyang berjemaah, melainkan mereka (mudah) dikuasai oleh syaitan (dengan menjadikan mereka mencuaikan perintah syara’); oleh itu hendaklah engkau sentiasa menyatukan diri dengan jemaah (kerana dengan itulah sahaja engkau akan selamat dari angkara syaitan) (Riwayat Imam Ahmad).
Dalam mazhab Hambali, hukum sembahyang berjemaah ialah Fardu Ain berdasarkan hadis:
Sabda Rasulullah s.a.w.: Seberat-berat sembahyang atas para muniafiqin ialah sembahyang Isyak dan sembahyang subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalam dua sembahyang berkenaan, tentulah mereka akan mendatanginya walaupun dalam keadaan merangkak. Demi Allah, sesungguhnya mahu sahaja aku memerintahkan orang mendirikan sembahyang berjamaah bersama para hadirin, kemudian aku pergi dengan beberapa yang membawa kayu api kepada orang yang tidak menghadirinya, lalu aku bakar rumah-rumah mereka, sedangkan mereka berada di dalamnya. (HR Bukhari & Muslim dari Abu Hurairah)
Namun hadis ini telah dibatalkan setelah Baginda mendapati ramai sahabat yang tercicir dari sembahyang berjemaah.
Mazhab Hanafi dan Maliki pula berpendapat hukum sembahyang jemaah ialah Sunat Muakkad berdasarkan hadis yang mengatakan sembahyang jemaah itu sunnatul huda (sunnah petunjuk).
“Dari Ibnu Mas’ud Radhiallaahu anhu, ia berkata, “Sesungguhnya Rasulullah Shallallaahu alaihi wa Salam mengajari kami sunnah-sunnah (jalan-jalan petunjuk dan kebenaran) dan di antara sunnah-sunnah tersebut adalah sembahyang di masjid yang dikumandangkan azan di dalamnya.” (HR. Muslim)
Bagi perempuan lebih afdhal sembahyang di rumah. Dibolehkan berjemaah di masjid untuk keperluan menuntut ilmu.
Bersabda Rasulullah s.a.w.:
“Sembahyang berjemaah itu melebihi sembah-yang bersendiri dengan 27 darajat.”
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah pernah mengesan beberapa orang tidak ikut serta dalam jemaah, lalu baginda berkata: Saya hampir-hampir akan memerin-tahkan orang lain untuk mengimami orang ramai dalam sembahyang, kemudian saya pergi mendapatkan orang-orang yang melewat-lewatkannya (sembahyang berjamaah), lalu saya membakar rumah-rumah mereka.

"sedeh terkenang sesetengah d kalangan sek kito yg mseh gagal untuk cuba menghadirkan diri ke surau...utk
solat berjemaah n d awal waktu kalau seboleh yg mungkin....kalau nk ckp xthu kelebihan...rse ny semua mmg dh arif sgt...ana bukan lh layak mane pun utk menegur antum yg lebih bnyk mengetahui drpd ana..tp atas dasar shbt krn Allah...n atas tuntutan Allah dlm surah An-Nas...ana sekadar berkongsi kerisauan ini...agar kita pakat2 ajak sek2 kita yg jrg g surau...g surau...
terutama solat subuh...kalau bukan kita siapa lg nk mengimarahkan surau tu?x kesian ke kt rumah Allah sunyi?kita kne ingat....kerja yg kita buat ni bkn ny kerja suka2....Nabi n para sahabat sanggup berkorban jiwa,harta dan keseluruhan hidup mrk untuk kerja ini..jika kita rse mseh nk senang2 dlm kerja ini....berat lah gini....maaf jika terkasar bahase..hanya luahan dr ana...harap d ambil serius....bkn sekadar msuk telinga kanan keluar telinga kiri...kita yg memikul kerja ini tpkse berkorban ...seluruh kwhidupan kita utk Allah...pergaulan kene jge...pakaian.(aurat)...n byk lg..tkut2 menimbulkan fitnah...dunia bukan tmpat untuk seorang muslim berehat...akhirat tempatnya...tlg lh....subuh.....zohor....asar...maghrib..isyak...solat lh berjemaah...lelaki kalau x g solat jemaah d surau/masjid boleh timbul fitnah lg ade..."die tu solat ker?"...jgn kita ingat segala usaha yg kita buat boleh berjaya krn bakat,kebolehan kita petah bercakap,perancangan kita....semuanya Allah yg izinkan...jika perkara basic(solat) kita dh lupakan ....Allah nk pandang ke usaha kita?Allah nk bantu ker?selalulah muhasabah diri....ana nasihat utk diri ana sendiri gak..takut2 terleka...kalau ana salah tlg tegur..kalau ana tertinggal jemaah tlg tegur..kita mmg x sempurna...d harap dpt
saling ingat-mengingati atas platform QG ini....harap tidak terpedaya dgn ujian kesenangan,harta,paras rupa,bakat,kekuatan n segala ape yg Allah kurniakan pd diri kita.....moga kelebihan itu kita syukuri dan manfaatkan d jln Allah...
semoga Allah menyatukan hati2 kita semua d atas jln dakwah ini...semoga mati ny kita semua sebagai para syuhada...amin...
p/s : maaf agak ksar sedikit..tp kate org..yg pahit itu ubat..yg manis itu racun...ana pun bkn ny yg selayakny utk menegur..sekadar berkongsi ...
bagus kasar2 tu...baru tersentak skit jiwa yang membaca, tersedar dari kelekaan dunia...
ada pepatah arab berbunyi "kulil haq walau kana murran" mksdnya "katakan lah yang benar walaupun ia pahit"
okey...